Monday, July 28, 2008

Isu Pembaikan Pagar UMS dan Kenaikan Bus ABCD

Salam warga UMS,

Semasa mesyuarat MPPUMS yang lalu pada Khamis, 24/8/2008, MPPUMS telah membincangkan beberapa perkara dan telah memutuskan untuk mengambil tindakan tentang 2 isu. Selama ini MPPUMS telah cuba untuk menggesa pihak pentadbiran menggunakan cara mesyuarat tetapi satu keputusan muktamad belum lagi tercapai dan kami merasakan tidak boleh lagi ditunda lagi. Satu gerakan yang lebih tegas perlu dilaksanakan oleh golongan mahasiswa UMS untuk mencapai objektif dan memenuhi hak kita untuk merasa lebih selamat dan selesa semasa menjalani proses pembelajaran di Universiti tercinta ini.

1. Pembaikan Pagar UMS

Daripada laporan pengawal sendiri menyatakan bahawa terdapat 5 LUBANG di sekitar pagar UMS. Dalam perbincangan bersama pihak POLIS DiRaja Malaysia sendiri, berkenaan tugas mereka untuk menjaga keselamatan, lubang-lubang ini perlu dipenuhi agar proses menjaga keselamatan lebih efektif. Setakat ini UMS hanya meletakkan pagar berduri untuk menutup lubang tersebut, tetapi ianya ternyata tidak cukup apabila kerap kali pendatang luar dapat memasuki ruang universiti secara bebas. Kita perlu bertegas meminta pihak pentadbiran memandang serius perkara ini dan membaiki pagar-pagar tersebut dengan kadar segera.

2. Satu memorandum sedang dikumpulkan dikalangan pemimpin pelajar MPP,JAKMAS dan PM sekolah yang akan diberikan kepada NC sendiri untuk perkara ini dilaksanakan secepat mungkin. Tindakan selanjutnya PMUMS akan berdasarkan respon daripada NC sendiri dalam hal ini.

2. Isu Kenaikan Bas ABCD

PMUMS akur isu ini memang sudah lama diperjuangkan, malah daripada sesi MPP 2006/2007 lagi dan pelbagai pendekatan telah dilaksanakan. Apa yang jelas adalah pihak pentadbiran sendiri belum lagi dapat memberi kata putus dan alasan konkrit mengapa ianya tidak dapat dilaksanakan. PMUMS merasakan dengan adanya NC kita yang baru, isu ini dapat dipertimbangkan semula untuk keselesaan pelajar ABCD.

2. Pihak PMUMS telah meminta untuk satu perbincangan khas dilaksanakan dengan pentadbiran untuk membincangkan dengan teliti isu ini untuk mencari keputusan yang muktamad. Tindakan selanjut PMUMS sekali lagi akan berdasarkan respon daripada pentadbiran.

Kepada rakan-rakan mahasiswa yang lain segala perkembangan akan ditunjukkan dalam blog-blog MPP dan respon, sokongan serta kerjasama rakan-rakan adalah amat di alu-alukan dalam perjuangan dua isu ini.

Wallahualam
Mahasiswa Peneraju Keunggulan Ummah.

No comments: