Sunday, July 13, 2008

Kenaikan Harga dan Kafe CD

Salam warga UMS,

Pertama sekali sukacita saya jelaskan bahawa harga di kafe-kafe Universiti kita yang tercinta ini masih mengekalkan harga lama selama menunggu harga siling baru yang bakal ditetapkan bersama pentadbiran Universiti dan pemberitahuan kepada kafe-kafe bermula Selasa(15 Julai 2008) ini. Selama menunggu pemberitahuan rasmi ini diharap rakan-rakan boleh memberitahu dan melaporkan apa-apa kes kenaikan harga kepada wakil JAKMAS atau MPP untuk tindakan kami terhadap pengusaha itu.

Sebagai pengetahuan menurut Jabatan Hal Ehwal Pengguna harga dalam kampus sepatutnya lebih rendah daripada harga luar malah tiada peningkatan harga signifikan patut berlaku. Tambahan lagi sokongan daripdada Kementerian Pengajian Tinggi mengatakan bahawa harga barangan Universiti haruslah terkawal. Jangan tertipu dengan alasan pengusaha kafe bahawa harga meningkat disebabkan harga minyak. Secara umum juga kalau ada kenaikan tidak akan terlalu tinggi.

Dalam menangani masalah ini maka laporan daripada semua warga UMS diperlukan kami di pihak PMUMS akan segera bertindak dengan berjumpa dengan pengusaha tersebut on the spot untuk mintayang berkenaan untuk turunkan harga.

Bagi kafe CD pula, daripada siasatan, kami dapati memang kafe ini pengusaha baru dan belum lagi banyak pengalaman dalam hal pemberian makanan. Proses pemilihan telah dilakukan oleh pentadbiran maka kami di pihak PMUMS telah menyuarakan perkara tersebut kepada pentadbiran untuk kafe CD ini meningkatkan perkhidmatan. Jika servis yang diberikan masih belum mencapai taraf yang memuaskan pelajar kami akan meminta untuk pengusaha baru diberikan peluang sebagai langkah terakhir.

5 comments:

entre_mppums said...

hey bro, that should be in my blog lar...
wahaha...

Anonymous said...

the price of the food is acceptable but the quality of the food is so so lo.

Anonymous said...

i accept the price of the food in cafe

Anonymous said...

saya masih rasa harga makanan kat kafe mahal wo.>"<

Anonymous said...

masih mahal wo..