Tuesday, July 22, 2008

Isu Pembayaran Yuran Untuk Pelajar Latihan Industri 6 Bulan

Salam Warga UMS,

Di sini saya ingin menerangkan berkenaan isu yang baru timbul iaitu berkenaan isu yang tertulis di atas. Disebabkan LI 6 bulan baru sahaja di implementasikan maka tidak hairanlah jika kekeliruan berlaku.

1.Untuk penambahan 3 bulan LI itu, yuran tambahan perlu dibayar. Informasi ini boleh dipastikan melalui SMP pelajar masing-masing.

2. Kepada mereka yang akan berkonvo pada bulan Ogos ini jangan risau, jika yuran tersebut untuk 3 bulan LI tersebut belum dibayar maka anda masih lagi layak konvo jika semua syarat lain dipenuhi.

Saya ingin berterima kasih kepada Saudara Raja(EXCO Kebudayaan) atas siasatan yang beliau jalankan daripada Jabatan Bendahari UMS.

Walaubagaimanapun jika ada apa-apa masalah timbul berkaitan perkara ini, teruslah melapor kepada pihak PMUMS.

No comments: