Sunday, June 22, 2008

Minggu Suai Mesra

Salam warga UMS,

Next month we'll see a new influx of students as the Orientation for New Students draws near. Everyone from PMUMS are working hard to make sure that the week will be a success, and all MPP's will be very much involved in the process of making sure that the new students will be well adjusted with the university life while not forgetting the welfare of the current students. This will be an important week for everyone involved. Each new infusion of young blood brings with it the challenge of making sure every year is better than before.

Will the new year usher in a new culture for UMS?

In this year of many changes, it is not far fetched to assume that perhaps a new era might be dawning in every strata of society. Will students now rise up to become the contributors to society that is their responsibility?

PMUMS will be committed 100% in making sure that improvements in all levels will happen. Whats is past is done, a new academic year beckons, a new page of the book will be turned. To all UMS students out there let us see this as another opportunity to right the wrongs that has been done and strive for ever increasing improvements. Let us all hold hands and together go for the best!

Wallahualam.
MARUAH SISWA!

Thursday, June 19, 2008

Pentadbiran Universiti dan Transformasi KPT

Salam warga UMS,

Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini Kementerian Pengajian Tinggi telah membentangkan proses transformasi yang bakal berlaku sejajar dengan Pelan Tindakan Strategik Pengajian Tinggi. Intipati daripada transformasi ini adalah setiap Universiti mestilah meletakkan kualiti perkhidmatan sebagai fokus dalam merealisasikan objektif pelan strategik tersebut.

Semasa cuti ini pihak MPP telah membuat perbincangan dengan setiap jabatan yang penting dan mendapati beberapa perkara yang penting yang perlu diberi perhatian. (Laporan perjumpaan tersebut akan disiarkan untuk penilaian para mahasiswa sendiri.)

1. Proses Integrasi Jabatan dan IT- Penggunaan teknologi maklumat yang terkini dan juga melicinkan lagi komunikasi antara jabatan.

2. Penggunaan standard ISO- Universiti sekarang menuju kepada mempiawaikan berbagai-bagai proses dalam pentadbirannya. Hal ini berkaitan dengan "response time" setiap jabatan.

3. Sistem maklumbalas- bagaimana sesuatu jabatan itu membuat penilaian terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggannya(ie mahasiswa/siswi UMS)

4. Cara penyampaian- proses memastikan segala dasar universiti diterjemahkan untuk kebaikan pelajar yang mungkin terganggu oleh gerak kerja kurang efisien atau ketirisan.

Dari pemerhatian saya, universiti sedar bahawa terdapatnya masalah dalam ketiga-tiga elemen di atas dan memang ada usaha untuk mencari penyelesaiannya.

Saya melihat satu peranan yang boleh dilaksanakan oleh kepimpinan pelajar dan mahasiswa/siswi itu sendiri adalah dalam memberikan maklumbalas daripada beberapa aspek iaitu:-

1. Melaporkan perkhidmatan yang tidak mencapai piawaian yang ditetapkan.

2. Melaporkan tiada ketirisan atau sebarang salahlaku yang berlaku.

3. Memberikan cadangan dan teguran yang sesuai.

4. Mengingatkan pentadbiran Universiti dengan sebarang janji yang masih tidak ditunaikan dan memberi gesaan atau tekanan yang sepatutnya kepada setiap perkara yang tertunda.

5. Bersama-sama untuk membangunkan Universiti dan tidak terlalu bersandar kepada pentadbiran semata-mata.

Sekaranglah masanya untuk kita tunjukkan bahawa kita juga mahu yang terbaik untuk Universiti untuk kebaikan bersama.

Wallahualam.

Tuesday, June 17, 2008

Salam Penghargaan kepada Prof Datuk Dr. Noh

Salam warga UMS,

Tanggal 18hb Jun ini maka peralihan tampuk pimpinan UMS yang kita cintai ini akan berlaku dan 17hb ini merupakan hari terakhir Prof. Datuk Noh akan berkhidmat sebagai Naib Canselor. Bermula daripada hari itu beliau akan masih bertugas sebagai pensyarah di SST.

Melihat kembali sejarah pembentukan UMS, Prof. Datuk Dr. Noh merupakan salah seorang pengasas universiti dan corak serta identitinya. Sedar atau tidak sedar jasa dan sumbangan Datuk akan meninggalkan 'imprint'nya di universiti ini selama-lamanya.

Terima kasih Datuk dan saya doakan yang terbaik untuk Datuk dan keluarga.

Wallahualam.

Friday, June 13, 2008

FAEDAH PTPTN DIKURANGKAN! ?

Salam,

13hb Jun 2008, Jumaat, Putrajaya International Convensyen Centre(PICC)

Dato' Seri Khalid Nordin, Menteri Pengajian Tinggi, dalam ucapannya telah mengatakan bahawa faedah PTPTN akan dikurangkan lagi berikutan kajian yang telah dilaksanakan hasil daripada gesaan pemimpin pelajar semasa MPPK yang lalu. Tambahnya lagi perkara ini akan diumukan secara rasmi dalam seminggu dua lagi. Jika perkara ini adalah benar maka syabas kepada Kementerian yang berani membuat penilaian semula itu dan juga kepada pemimpin-pemimpin pelajar yang kuat berusaha melobi perkara tersebut. Ini merupakan berita yang baik lebih-lebih lagi dalam keadaan harga yang semakin menaik.

PMUMS akan sentiasa memantau perkara tersebut dan memberikan info terkini kepada warga UMS.

Persoalannya yang masih belum dijawab lagi pula: Adakah PTPTN sah di sisi syarak? Antara resolusi MPPK adalah supaya perkara tersebut dijelaskan sebelum Julai ini maka kita sama-sama nantikan perkembangannya.

Wallahualam.

Mahasiswa Peneraju Keunggulan Ummah.

Thursday, June 12, 2008

UMS Bersedia dengan Peperangan Harga

Salam Warga UMS,

Di kala meningkatnya harga minyak ini saya percaya, ramai antara rakan-rakan bertanya-tanya apakah yang bakal berlaku dengan keadaan di harga di UMS ini. Peningkatan harga memang satu perkara yang membimbangkan dan kami di pihak PMUMS memastikan harga akan terkawal.

Kami melihat ada 3 aspek yang kami lihat sebagai fokus kami dalam menangani masalah ini,

1) peningkatan yuran bas
2) peningkatan harga makanan dalam kampus
3) peningkatan harga barangan luar kampus.

Berpandukan kepada 3 aspek ini kami melakukan beberapa perkara sebagai jalan penyelesaian,

1) Setakat ini perbicangan dengan pihak pentadbiran menampakkan respon yang positif di mana harga yuran pengangkutan tidak akan ditingkatkan malah dengan jaminan perkhidamatan akan ditingkatkan. Kami dijanjikan pemandu-pemandu mencukupi akan di ambil dan bas-bas baru sebanyak 10 buah akan dibeli pertengahan semester nanti. Walaubagaimanapun kata putus daripada kepimpinan tertinggi belum diketahui lagi. Sebaik sahaja NC baru mengambil secara rasminya bertugas kami akan membuat perbincangan. Atas alasan UMS masih lagi mendapat peruntukan yang sama dengan tahun lepas dan adalah tidak mustahil kalau dengan pengurusan wang yang baik yuran tidak akan dinaikkan. Selain itu pihak kami juga sedang melihat alternatif pengangkutan yang lain(menyediakan basikal yang boleh dipinjam di setiap kolej kediaman?) dan membuatkan lagi universiti kita ini mesra pejalan kaki(susur gajah yang sudah lama dijanjikan).

2) Harga makanan dalam kampus akan dipantau dengan teliti. Buat masa ini pihak kami diberikan kepercayaan untuk terlibat secara langsung dalam semua hal-hal penting berkaitan kafeteria. Beberapa pengusaha juga buat masa ini sudah menyatakan komitmen dalam usaha untuk mengawal harga makanan mereka. Selain itu, Kementerian Pengajian Tinggi sudah meminta untuk setiap University membuat pemantauan harga makanan melalui jawatankuasa yang ditubuh khusus untuk perkara ini dan pihak PMUMS semestinya akan meminta penglibatan mahasiswa dalam jawatankuasa ini.

3) Untuk barangan luar kampus ada 2 tindakan yang diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi sendiri iaitu:-

a) Kad Diskaun Pelajar- diusulkan oleh semasa Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan(MPPK) dan mendapat respon yang positif oleh kerajaan. Pihak kami akan sentiasa memantau dan menggesa supaya ianya diaplikasikan secepat mungkin.

b) Diskaun 50% harga tiket- Memang wujud untuk semua Air Asia dan MAS. Penjelasan daripada KPT adalah terdapatnya salah faham antara cawangan-cawangan di Borneo dan merupakan sebab utama ianya tidak dilaksanakan dengan efektif di sini. Pihak PMUMS sudah diberikan jaminan akan diberikan bukti perjanjian tersebut dan kami akan menggunakan bukti ini untuk berbincang dengan pihak Air Asia dan MAS Sabah agar diskaun ini dikuatkuasakan.

Di minta semua warga UMS untuk bersedia, kalau ada sebarang cadangan bolehlah berhubung dengan mana-mana wakil PMUMS(MPP, JAKMAS atau Persatuan Sekolah).

Wallahualam.
Mahasiswa Peneraju Keunggulan Ummah.

Friday, June 6, 2008

Minyak 0h Minyak....

Salam warga UMS,

Masya Allah.

Wahai kerajaan yang dikasihi, saya sebagai rakyat yang sentiasa menyokong, ingin meluahkan rasa tidak puas hati saya.

Sebagai seorang pelajar Ekonomi saya sedar bahawa subsidi tersebut memang sesuatu perkara yang mampu membantutkan pembangunan negara. Saya sedar bahawa selagi subsidi wujud dan keseimbangan "supply and demand" terganggu maka akhirnya ianya akan merugikan rakyat. Dana yang boleh digunakan untuk pembangunan sektor lain tidak dapat digunakan disebabkan menampung subsidi yang kian meningkat dan selalunya pun kurang efisien dalam mengagihkannya kepada golongan yang sepatutnya.

Wahai kerajaan yang dikasihi,

Saya sedar harga minyak dunia kian melambung tinggi dan negara kita turut terjejas.

Tapi yang saya terkilan kenapa keputusan meningkatkan harga minyak ini berlaku tiba-tiba? Sehingga ada pihak-pihak tertentu yang mula melaungkan bahawa kerajaan membuat keputusan terburu-buru. Tidak memegang kepada janji. Tidak mengagihkan keuntungan dari Petronas secara sewajarnya. Saya risau....

Wahai kerajaan yang dicintai,

Penyampaian adalah segalanya dan pendekatan yang sesuai perlu dilakukan dengan kadar yang segera. Ramai rakyat yang tidak faham maka usaha untuk menerangkan mesti dilakukan kerana kalau tidak, kita perlu menerima rakyat akan marah dengan tindakan seperti ini. Hati rakyat perlu ditambat mungkin dengan perubahan gaya hidup dilaksanakan dahulu oleh barisan pemimpin tertinggi kita yang seterusnya boleh dicontohi oleh rakyat jelata.

Salah dan silap mohon ampun tetapi itulah luahan hati seorang rakyat yang mencintai negara dan kerajaannya.

Kepada warga UMS, PMUMS akan berjuang untuk memastikan peningkatan harga minyak ini tidak terlalu menjejas mahasiswa-mahasiswi sekalian. Kita menyeru agar semua bersedia untuk mengalami perubahan dan segala perkembangan isu ini, yang bersangkut paut dengan kampus, akan kami sampaikan kepada rakan-rakan dengan kadar segera.

Wallahualam.

Monday, June 2, 2008

Salam kepada warga UMS

Salam Warga UMS,

Pilihanraya Umum ke-12 sudah berlalu tetapi bahangnya masih dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Perubahan merupakan sesuatu yang seringkali membawa natijahnya sendiri dan sudah menjadi lumrah satu jangkamasa peralihan akan berlaku di mana ianya membuatkan pihak-pihak yang tidak bersedia merasa gelisah dan kurang senang.

Keputusan baru-baru ini seringkali diibaratkan sebagai tsunami tetapi di Sabah ianya seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Betulkah?

Jika dilihat dengan lebih teliti, meskipun secara beransur-ansur, ternyata perubahan mula berlaku. Pemimpin Sabah kian lantang menyuarakan pendapat kerana sudah tidak dinafikan negeri Di Bawah Bayu dan Bumi Kenyalang nyata merupakan faktor penting dalam pilihanraya umum ini. Adakah ini akan bererti negeri Sabah bakal menunjukkan potensi yang sudah sekian lama tidak mampu ditonjolkan?

Dari sudut seorang mahasiswa pula, terutamanya warga UMS, ternyata perubahan dapat dirasai apabila kita bakal mempunyai Naib Canselor yang baru sebelum bermulanya sesi akademik yang akan datang ini, di mana anak peribumi Sabah sendiri diberikan peluang untuk meneraju institusi yang sangat penting ini. Kepada mantan VC penulis mengucapkan terima kasih atas semua sumbangan yang diberi. Kepada VC kita yang baru, penulis mengucapkan tahniah dan semoga tanggungjawab yang diberikan akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Perubahan juga bakal berlaku di peringkat gerakan mahasiswa dengan janji Menteri Pengajian Tinggi untuk memindahkan AUKU dan ditegaskan lagi semasa Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan pada Mei baru-baru ini. Persoalannya, adakah mahasiswa kini sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab yang lebih tinggi? "With great power comes great responsibilty". Kata-kata yang cukup bermakna (siapa yang tahu sebenarnya ia dipetik daripada komik Spiderman).

Walaubagaimanapun rakan-rakan dengan perubahan juga bererti kita juga perlu mengadaptasi dengan suasana. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang ayam berkokok. Pintu-pintu peluang terbuka luas dan tiada masa yang lebih sesuai untuk kita bergerak ke hadapan daripada sekarang.