Salam Warga UMS,
Di kala meningkatnya harga minyak ini saya percaya, ramai antara rakan-rakan bertanya-tanya apakah yang bakal berlaku dengan keadaan di harga di UMS ini. Peningkatan harga memang satu perkara yang membimbangkan dan kami di pihak PMUMS memastikan harga akan terkawal.
Kami melihat ada 3 aspek yang kami lihat sebagai fokus kami dalam menangani masalah ini,
1) peningkatan yuran bas
2) peningkatan harga makanan dalam kampus
3) peningkatan harga barangan luar kampus.
Berpandukan kepada 3 aspek ini kami melakukan beberapa perkara sebagai jalan penyelesaian,
1) Setakat ini perbicangan dengan pihak pentadbiran menampakkan respon yang positif di mana harga yuran pengangkutan tidak akan ditingkatkan malah dengan jaminan perkhidamatan akan ditingkatkan. Kami dijanjikan pemandu-pemandu mencukupi akan di ambil dan bas-bas baru sebanyak 10 buah akan dibeli pertengahan semester nanti. Walaubagaimanapun kata putus daripada kepimpinan tertinggi belum diketahui lagi. Sebaik sahaja NC baru mengambil secara rasminya bertugas kami akan membuat perbincangan. Atas alasan UMS masih lagi mendapat peruntukan yang sama dengan tahun lepas dan adalah tidak mustahil kalau dengan pengurusan wang yang baik yuran tidak akan dinaikkan. Selain itu pihak kami juga sedang melihat alternatif pengangkutan yang lain(menyediakan basikal yang boleh dipinjam di setiap kolej kediaman?) dan membuatkan lagi universiti kita ini mesra pejalan kaki(susur gajah yang sudah lama dijanjikan).
2) Harga makanan dalam kampus akan dipantau dengan teliti. Buat masa ini pihak kami diberikan kepercayaan untuk terlibat secara langsung dalam semua hal-hal penting berkaitan kafeteria. Beberapa pengusaha juga buat masa ini sudah menyatakan komitmen dalam usaha untuk mengawal harga makanan mereka. Selain itu, Kementerian Pengajian Tinggi sudah meminta untuk setiap University membuat pemantauan harga makanan melalui jawatankuasa yang ditubuh khusus untuk perkara ini dan pihak PMUMS semestinya akan meminta penglibatan mahasiswa dalam jawatankuasa ini.
3) Untuk barangan luar kampus ada 2 tindakan yang diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi sendiri iaitu:-
a) Kad Diskaun Pelajar- diusulkan oleh semasa Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan(MPPK) dan mendapat respon yang positif oleh kerajaan. Pihak kami akan sentiasa memantau dan menggesa supaya ianya diaplikasikan secepat mungkin.
b) Diskaun 50% harga tiket- Memang wujud untuk semua Air Asia dan MAS. Penjelasan daripada KPT adalah terdapatnya salah faham antara cawangan-cawangan di Borneo dan merupakan sebab utama ianya tidak dilaksanakan dengan efektif di sini. Pihak PMUMS sudah diberikan jaminan akan diberikan bukti perjanjian tersebut dan kami akan menggunakan bukti ini untuk berbincang dengan pihak Air Asia dan MAS Sabah agar diskaun ini dikuatkuasakan.
Di minta semua warga UMS untuk bersedia, kalau ada sebarang cadangan bolehlah berhubung dengan mana-mana wakil PMUMS(MPP, JAKMAS atau Persatuan Sekolah).
Wallahualam.
Mahasiswa Peneraju Keunggulan Ummah.
Thursday, June 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment