Thursday, June 19, 2008

Pentadbiran Universiti dan Transformasi KPT

Salam warga UMS,

Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini Kementerian Pengajian Tinggi telah membentangkan proses transformasi yang bakal berlaku sejajar dengan Pelan Tindakan Strategik Pengajian Tinggi. Intipati daripada transformasi ini adalah setiap Universiti mestilah meletakkan kualiti perkhidmatan sebagai fokus dalam merealisasikan objektif pelan strategik tersebut.

Semasa cuti ini pihak MPP telah membuat perbincangan dengan setiap jabatan yang penting dan mendapati beberapa perkara yang penting yang perlu diberi perhatian. (Laporan perjumpaan tersebut akan disiarkan untuk penilaian para mahasiswa sendiri.)

1. Proses Integrasi Jabatan dan IT- Penggunaan teknologi maklumat yang terkini dan juga melicinkan lagi komunikasi antara jabatan.

2. Penggunaan standard ISO- Universiti sekarang menuju kepada mempiawaikan berbagai-bagai proses dalam pentadbirannya. Hal ini berkaitan dengan "response time" setiap jabatan.

3. Sistem maklumbalas- bagaimana sesuatu jabatan itu membuat penilaian terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggannya(ie mahasiswa/siswi UMS)

4. Cara penyampaian- proses memastikan segala dasar universiti diterjemahkan untuk kebaikan pelajar yang mungkin terganggu oleh gerak kerja kurang efisien atau ketirisan.

Dari pemerhatian saya, universiti sedar bahawa terdapatnya masalah dalam ketiga-tiga elemen di atas dan memang ada usaha untuk mencari penyelesaiannya.

Saya melihat satu peranan yang boleh dilaksanakan oleh kepimpinan pelajar dan mahasiswa/siswi itu sendiri adalah dalam memberikan maklumbalas daripada beberapa aspek iaitu:-

1. Melaporkan perkhidmatan yang tidak mencapai piawaian yang ditetapkan.

2. Melaporkan tiada ketirisan atau sebarang salahlaku yang berlaku.

3. Memberikan cadangan dan teguran yang sesuai.

4. Mengingatkan pentadbiran Universiti dengan sebarang janji yang masih tidak ditunaikan dan memberi gesaan atau tekanan yang sepatutnya kepada setiap perkara yang tertunda.

5. Bersama-sama untuk membangunkan Universiti dan tidak terlalu bersandar kepada pentadbiran semata-mata.

Sekaranglah masanya untuk kita tunjukkan bahawa kita juga mahu yang terbaik untuk Universiti untuk kebaikan bersama.

Wallahualam.

No comments: