Salam warga UMS,
Masya Allah.
Wahai kerajaan yang dikasihi, saya sebagai rakyat yang sentiasa menyokong, ingin meluahkan rasa tidak puas hati saya.
Sebagai seorang pelajar Ekonomi saya sedar bahawa subsidi tersebut memang sesuatu perkara yang mampu membantutkan pembangunan negara. Saya sedar bahawa selagi subsidi wujud dan keseimbangan "supply and demand" terganggu maka akhirnya ianya akan merugikan rakyat. Dana yang boleh digunakan untuk pembangunan sektor lain tidak dapat digunakan disebabkan menampung subsidi yang kian meningkat dan selalunya pun kurang efisien dalam mengagihkannya kepada golongan yang sepatutnya.
Wahai kerajaan yang dikasihi,
Saya sedar harga minyak dunia kian melambung tinggi dan negara kita turut terjejas.
Tapi yang saya terkilan kenapa keputusan meningkatkan harga minyak ini berlaku tiba-tiba? Sehingga ada pihak-pihak tertentu yang mula melaungkan bahawa kerajaan membuat keputusan terburu-buru. Tidak memegang kepada janji. Tidak mengagihkan keuntungan dari Petronas secara sewajarnya. Saya risau....
Wahai kerajaan yang dicintai,
Penyampaian adalah segalanya dan pendekatan yang sesuai perlu dilakukan dengan kadar yang segera. Ramai rakyat yang tidak faham maka usaha untuk menerangkan mesti dilakukan kerana kalau tidak, kita perlu menerima rakyat akan marah dengan tindakan seperti ini. Hati rakyat perlu ditambat mungkin dengan perubahan gaya hidup dilaksanakan dahulu oleh barisan pemimpin tertinggi kita yang seterusnya boleh dicontohi oleh rakyat jelata.
Salah dan silap mohon ampun tetapi itulah luahan hati seorang rakyat yang mencintai negara dan kerajaannya.
Kepada warga UMS, PMUMS akan berjuang untuk memastikan peningkatan harga minyak ini tidak terlalu menjejas mahasiswa-mahasiswi sekalian. Kita menyeru agar semua bersedia untuk mengalami perubahan dan segala perkembangan isu ini, yang bersangkut paut dengan kampus, akan kami sampaikan kepada rakan-rakan dengan kadar segera.
Wallahualam.
Friday, June 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sokong pres...
Post a Comment