Salam warga UMS,
Rakan-rakan mungkin telah mengetahui bahawa konsert Anuar Zain bakal dilaksanakan di UMS dalam masa yang terdekat ini di Dewan Canselor kita yang tercinta. Mungkin persoalan yang timbul di minda rakan-rakan sekarang adalah: Adakah wajar dilaksanakan program ini?
Terdapat satu spektrum pendapat, di satu hujung ada golongan berpendapat bahawa ianya merupakan satu bentuk hedonisme yang perlu dicegah di UMS ini, walhal di hujung yang satu lagi adalah golongan berpendapat apa salahnya, biarlah dia menyanyi.
Sebelum merungkai isu ini saya mengajak kepada saudara-saudari kepada apa yang berlaku di Tamu Gadang 2 tahun yang lalu di mana Amy Search di panggil untuk mengadakan persembahan. Apa yang berlaku cukup menyedihkan. Kita menolak ke tepi dahulu ketrampilan penonton yang datang (kadang-kadang luaran tidak mencerminkan dalaman betul tidak?), tapi lebih penting lagi apabila terdapatnya ramai penonton yang meminum arak, merokok dan berleluasanya lelaki wanita berpegang-pegang tanpa segan silu. Malah saya sendiri sempat melihat Datuk Noh(NC dulu) mencuba tanpa kejayaan untuk mengawal keadaan.
Kita risau perkara sebegitu berlaku lagi.
Maka 2 isu perlu kita fikirkan:-
1. Presentasi artis tersebut mestilah bersesuaian dengan nilai universiti.
2. Kita perlu mendapat jaminan detik hitam yang berlaku dahulu di kalangan penonton tidak berulang. Pendek kata dari segi pengawalan penonton.
3. Selain itu pula kita ingin bertanya sejauh manakah nilai penglibatan pelajar dan juga kemahasiswaan yang dapat diterap di dalam program tersebut.
PMUMS berpendapat bahawa bukannya salah untuk kita berhibur, tetapi biarlah ianya menepati nilai-nilai yang boleh membina mahasiswa/i dan juga akhlak dan keadaan terkawal.
Sekarang pihak PMUMS sudah berbincang dengan pihak penganjur berkenaan 3 isu ini dan mendapat jaminan serta penyelesaian daripada mereka. Hasilnya satu mesyuarat khas akan dilaksanakan di bilik MPP 11 AM di mana dijemput pegawai dari HEP dan juga Masjid UMS. Perjumpaan dengan NC Datuk Kamarruzaman juga tengah cuba dilaksanakan untuk mendapatkan penjelasan kerana daripada siasatan didapati arahan datang daripada pihak tertinggi sehinggakan pihak HEP pun tidak tahu apa yang berlaku.
Sebagai akhir kalam, saya ingin memberitahu kepada semua warga UMS supaya melihat perkara ini daripada sudut positif. Seperti juga dalam perhubungan, terdapat batas-batasnya yang perlu kita patuhi dan selahi batasnya di patuhi maka adalah hak individu untuk menentukan pilihan yang seterusnya. Jika batasnya di ikuti, silakan. Jika tidak maka adalah menjadi kewajipan untuk kita memastikan kemungkaran tidak berlaku.
Wallahualam.
Mahasiswa Peneraju Keunggulan Ummah.
Wednesday, July 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
ehehe.. kepada peminat anuar zain, jangan marah la yerk...ehehe
Persoalan
1) Adakah patut kita terlibat sama..? Tanya diri ketuk iman...
= Itulah salah satu komen yang saya terdengar dalam blog, Terang lagi bersuluh bahawa konset anuar zain bakal memberi impak yang kepada pelajar UMS, khususnya.
2) Di mana maruah kita sebagai pimpinan pelajar...?
Bersama-sama muhasabah diri, apa tindakan kita apabila terdengar cerita sedemikian. Adakah kita akan berdiam diri atau.. Melakukan sesuatu alternatif untuk menghentikan konsert tersebut.
3) Bilakah kita sedar atas peristiwa yang pelik berlaku sejak kebelakangan ini...? Misalnya, budaya hedonism.
Entah la bila... Inikah jawapan anda untuk membina kridibiliti sebagai pimpinan pelajar.
p/s Hanya sekadar renungan bersama, kalau boleh dielakkan, bersama kita elakkan. Cadangan, bukan dengan cara berdemostrasi tetapi dengan cara berhemah iaitu, kita tidak pergi ke konsert tersebut andainya berlangsung kelak. Jalankan lah tanggungjawab kita sebagai pimpinan pelajar, kita sepatutnya menjadi role model kepada pelajar yang lain.
(5 K) di mana nilainya...?
Wassalam...
apa hal smpai mau libat2 iman? its juz a show, a performance... iman tu dtg dari diri sendiri... bukan nak show off iman tu dgn org lain.. be openlah.. yg amy search tu free masuk free show mmglah byk org dtg tgok tmsuk org luar.. yg anuar zain tu bayar... lgpun genre muzik tak sama okay...
lebih bgus mpp buat rancangan yg boleh memanfaatkan student dan bukannya busybody pasal hal yg remeh temeh ni... kalo takut sgt student ni mengganas, jgn bg sewa langsung dc tu dgn org lain... simpan jadikan muzium... show tu pun pihak hep yg luluskan... so y u ol nak busy bila hal tu dah diluluskan... so wats d impact konon???? i dont see any impact pun after d show... apa kaitan maruah pemimpin pelajar... i dont see anything dat can affect ur status... if x ready nak terima kritikan, leave ur position and let us choose another person to replace u.. who can take the responsibility... not a coward... i dont see any hedonism activity during the show... so fkir2lah yg terbaik utk pelajar bukan hal yg remeh temeh ni dijadikan persoalan...
bgmana artis2 AF boleh dijemput membuat persembahan sewaktu tamu gadang sedangkan kita semua menentang budaya hedonisme? Pengarah Tamu Gadang merupakan seorang exco MPP, jd, bgmana pula kelulusan diberikan kepada beliau untuk artis2 tersebut dtg?bukankah pembaziran wang yang melampau berlaku apabila artis dipanggil ke sesuatu acara universiti?Adam AF tidak menyanyi secara live pada mlm perasmian Tamu Gadang.Apabila pelajar UMS ingin membuat persembahan, mereka sering diingatkan utk sopan di depan penonton.Persembahan artis luar yang terkinja2 di depan TYT sy rasakan agak tidak sopan.
Post a Comment